Thursday, November 25, 2010

Jumpa Satu Link

     Salam.  Ada nama 'Hajjar' di sebelah bawah nama Mak Itam, ruangan Anak-Anak Embah Jamilah.  Itu blog Hajjar bin Bang Sa'adon.  Saya dapat nama ni daripada satu sumber.  Maafkan Pak Cik ye Hajjar, sebab (uhuk uhuk) me'link'kan blog Hajjar ke dalam blog Embah Jamilah.  Jangan mare...

Saturday, November 6, 2010

Semoga Cepat Sembuh

     Salam.  Dengar khabar Rafeah bte Daim (Ayun) cucu Embah Jamilah sakit dan telah menjalani pembedahan di HUKM.  Semoga beliau cepat sembuh.

   *   *   *   *

     Hari ini 6 November 2010, sebahagian keluarga cucu Embah Jamilah mengurus 'Majlis Perasmian Balai Raya Taman Medan Bakri' di Taman Medan Bakri mulai jam 8.00 malam.  Jemputan istimewa ialah Yang Berhormat Dato Hj Abdullah bin Mat Ali.

Wednesday, October 13, 2010

Selamat Pengantin Baru

     Satu lagi pasangan telah diijabkabulkan.  Sekali lagi iblis laknatullah telah kecundang.  Tahniah kepada pasangan pengantin.  Tahniah kepada Ayah dan Emak pengantin.  Abang Sa'adun and Kak Lin.  Tahniah

     Kepada anak Bang Zainal Md Shah yang masuk hospital tempoh hari, didoakan moga-moga sihat dan dapat kembali ke tengah-tengah keluarga.  Ameen!

     Terima kasih kepada Rashidah dan Danie_sid kerana sudi menjadi 'followers' blog ini.

     Err... Kak Lin kata nak antar alamat url untuk link.  Saya menanti!

Saturday, October 9, 2010

Tidak Perlu Link

     Salam.  Dalam posting saya sebelum ini, ada saya terangkan tentang bagaimana untuk mengambil bahagian dalam mengupdate maklumat keluarga masing-masing.  Ada pembaca yang berminat untuk menyertai tetapi mungkin masih keliru dengan penjelasan yang saya beri. Ertinya maklumat tidak sampai.  Baiklah, saya cuba meringkaskan.

     Mungkin kita cucu-cucu Embah Jamilah tak tau tentang blog.  Tetapi mungkin anak kita, atau anak abang kita atau anak kakak kita atau anak adik kita (anak sedaralah tu) telah sedia ada blog mereka sendiri.  Minta mereka hantar url mereka ke alamat emel seperti yang tertera di muka depan blog Embah Jamilah,

atau

sms ke 014 6371409.  Sorang je pun, dah cukup, tak payah ramai-ramai.  Urusan link biar saya yang buat.

     Jangan lupa jemputan esok.  Salam hormat daripada Borhan.

Wednesday, October 6, 2010

Apa Itu Url?

     Salam untuk semua.  Belum ada perkembangan terkini mengenai Keluarga Embah Jamilah setakat yang dalam pengetahuan saya.  Kalau ada, Insya Allah akan saya beritahu.  Rajin-rajinlah surf blog ini.

     Ada seorang saudara kita yang saya kira nak ambil bahagian link blog kepunyaan keluarganya, tapi tak tau bagaimana.  Untuk kejelasan kepada semua, saya cuba terangkan di sini.

     Url ni ialah alamat website misalnya bagi url Keluarga Embah Jamilah ialah "  http://embahjamilah.blogspot.com/  ".  Kalau anda taipkan alamat ini di ruang atas komputer anda dan tekan butang 'enter' , akan terpaparlah muka depan "Keluarga Embah Jamilah" yakni yang sedang anda tatap sekarang.

     Oleh itu, kalau anda atau waris and ada blog sendiri, minta dia hantar alamat blog dia ke alamat emel ini iaitu borhandali@gmail.com

     Sebagai contoh, kalau anda lihat di blog Keluarga Embah Jamilah Embah Sirat, di sebelah kanan muka depan ada tertulis nama-nama anak-anak Embah Jamilah, bermula daripada Wak Ong Hj Md Amin hingga Mak Usu Ruminah (nama Mak Uda tak ingat).  Tulisan Mak Encik Tuminah ada sedikit kelam.  Kalau anda lalukan cursor atas nama itu, akan keluarlah gambar tangan.  Anda klik tempat itu, akan keluarlah Blog 'Emak Enchik Tuminah'. Url atau alamat webnya http://makenchik.blogspot.com  seperti yang tertera di bahagian atas komputer anda.

     Ini adalah contoh url Mak Enchik Tuminah yang saya dah link kan kepada blog Embah Jamilah.  Saya harap anda jelas dengan url.

     Oleh itu, kalau anda nak link blog anda, you're welcome!

Monday, October 4, 2010

Dengar-Dengar

     Salam.  Dengar-dengarnya salah seoranag daripada cucu Embah Jamilah akan mengadakan majlis pengantin untuk anakandanya sebelum berakhir tahun ni.  Kalau dicampurkan dengan yang telah diwar-warkan iaitu Bang Sa'adun dan Kak Leha, jadi tigalah tu.  Walau bagaimana pun, cuma dengar-dengar.  Tungguuu...

Tuesday, September 28, 2010

Lagi Gambar Sekitar Hari Keluarga Embah Jamilah

     Maaflah sebab gambar yang ada mungkin tak diambil secara menyeluruh.

Sebahagian hadirin

Dua pupu

Sedang marhaban, sedih aje... ingat yang telah tiada?

Shuhod, Ketua Pakatan kebanggaan kita.  Yang belakang tu, control macho!

Abang Sa'adon. Rempeyek kacang ijo, wong **** jalok ...

Badar.  Jangan sedih Dik...  Abang belakang tu pun sedih.

Rumainor.  Selamat Bersara...

Mak Uteh menerima sesuatu daripada Kak Minah dan Kamal.

Noryazidah menerima hadiah kerana nombor bertuah

Kak Jah. Nombor 16

Kamal Peserai; nampak kurus sikit...

Ida, isteri Tok Nazir.  Tok jadi wakil YB Datuk Abdullah Mat Ali di majlis lain...
Ju, waris Sosilawaty Lawiya.
Ustaz Romli.  Kalau eja nama dia ni mesti betul-betul...

Abang Aji tu macam nak lagi je...  Banyak lagi Bang, amek le...

Yang di belakang tudung pink tu, cepat rebut sebelum abiss...

Hj Nizam Al Bakri, ngerinya tengok dia nih, macam belum makan aje...