Wednesday, October 6, 2010

Apa Itu Url?

     Salam untuk semua.  Belum ada perkembangan terkini mengenai Keluarga Embah Jamilah setakat yang dalam pengetahuan saya.  Kalau ada, Insya Allah akan saya beritahu.  Rajin-rajinlah surf blog ini.

     Ada seorang saudara kita yang saya kira nak ambil bahagian link blog kepunyaan keluarganya, tapi tak tau bagaimana.  Untuk kejelasan kepada semua, saya cuba terangkan di sini.

     Url ni ialah alamat website misalnya bagi url Keluarga Embah Jamilah ialah "  http://embahjamilah.blogspot.com/  ".  Kalau anda taipkan alamat ini di ruang atas komputer anda dan tekan butang 'enter' , akan terpaparlah muka depan "Keluarga Embah Jamilah" yakni yang sedang anda tatap sekarang.

     Oleh itu, kalau anda atau waris and ada blog sendiri, minta dia hantar alamat blog dia ke alamat emel ini iaitu borhandali@gmail.com

     Sebagai contoh, kalau anda lihat di blog Keluarga Embah Jamilah Embah Sirat, di sebelah kanan muka depan ada tertulis nama-nama anak-anak Embah Jamilah, bermula daripada Wak Ong Hj Md Amin hingga Mak Usu Ruminah (nama Mak Uda tak ingat).  Tulisan Mak Encik Tuminah ada sedikit kelam.  Kalau anda lalukan cursor atas nama itu, akan keluarlah gambar tangan.  Anda klik tempat itu, akan keluarlah Blog 'Emak Enchik Tuminah'. Url atau alamat webnya http://makenchik.blogspot.com  seperti yang tertera di bahagian atas komputer anda.

     Ini adalah contoh url Mak Enchik Tuminah yang saya dah link kan kepada blog Embah Jamilah.  Saya harap anda jelas dengan url.

     Oleh itu, kalau anda nak link blog anda, you're welcome!

1 comment:

Unknown said...

Salam....
Anak2 Sekrg Semuanya Pandai Internet...Mereka Sedia Membantu....Insya Allah..


LinRosli
Segamat, Johor.