Saturday, October 9, 2010

Tidak Perlu Link

     Salam.  Dalam posting saya sebelum ini, ada saya terangkan tentang bagaimana untuk mengambil bahagian dalam mengupdate maklumat keluarga masing-masing.  Ada pembaca yang berminat untuk menyertai tetapi mungkin masih keliru dengan penjelasan yang saya beri. Ertinya maklumat tidak sampai.  Baiklah, saya cuba meringkaskan.

     Mungkin kita cucu-cucu Embah Jamilah tak tau tentang blog.  Tetapi mungkin anak kita, atau anak abang kita atau anak kakak kita atau anak adik kita (anak sedaralah tu) telah sedia ada blog mereka sendiri.  Minta mereka hantar url mereka ke alamat emel seperti yang tertera di muka depan blog Embah Jamilah,

atau

sms ke 014 6371409.  Sorang je pun, dah cukup, tak payah ramai-ramai.  Urusan link biar saya yang buat.

     Jangan lupa jemputan esok.  Salam hormat daripada Borhan.

1 comment:

Unknown said...

Salam...
Dg Adanya Blog Seperti Ini, Mudah Bagi Kita Untuk Mengeratkan Lagi Tali Persaudaraan.


LinRosli
Segamat, Johor.